Wednesday, 31 August 2016

SAPER MAU JADI AHLI ROBIK



MOH LER KITE GEGARKAN LEMAK TEPU 
DI PERUT, PEHA DAN PINGGUL MANA TAU BOLEH KURUS MCM KAJOL

HURMMMMM MACAM MANA YER??? MUDAH SAJER DAFTAR JADI AHLI 
D' AEROBIK ZONE KIA MAKMUR DAN DAPATKAN DISKAUN UTK JOIN 
AEROBIK /ZUMBA SETIAP KALI BERTANDANG....HUHUHU
MUDAH BUKAN??? BERBALOI-BALOI

PUSAT KECERGASAN DAN KECANTIKAN WANITAN







INTAI-INTAI JADUAL SWIMMING POOL

'JOM TERJUN'

UPSI,PSAS,INSTUN,PROTON CITY,HULU BERNAM,TAMAN SEKIAH MAKMUR

BUKA SETIAP HARI TERMASUK HUJUNG MINGGU DAN CUTI UMUM
MASA : 08.30 PAGI -7.00 MALAM
ISTIMEWA HARI RABU :   WANITA SAHAJA


Thursday, 25 August 2016

MARI BELI BAJU RENANG MUSLIMAH

UPSI,PSAS,PROTON CITY,BEHRANG ULUMARI BELI BAJU RENANG MUSLIMAH DI TAMAN SEKIAH MAKMUR BEHRANG ULU... TIDAK PERLU RISAU KERANA KAMI BERDEKATAN DENGAN ANDA KERANA KAMI ADALAH AGEN BAJU RENANG MUSLIMAH YANG BERDAFTAR. HARGA MENGIKUT SAIZ...
BAJU RENANG MUSLIMAH XS-3XL
======================
Ramai yang ingin menguruskan badan dengan aktiviti renang. Tapi sukar mencari baju renang yang sesuai, yang longgar, yang dapat menyembunyikan benjolan2 lemak yang memalukan. Jangan risau, baju renang kami mempunyai saiz dari S hingga 3XL. Sudah ramai yang milikinya dan berpuashati.
>> Baju Renang ini diperbuat daripada spandex/ elastane/lycra.
>> Potongan baju lurus dan longgar, tidak terlalu ketat.
>> 1 set disertakan cap dan tudung (menutupi dada) yang sepadan.
>> Saiz XS hingga 3XL.
 Zip baju di depan bagi memudahkan memakai dan menyalin pakaian,
 Saiz: XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL
 Harga Menarik: RM169 - RM210


bergantung saiz (not including postage)
Boleh menempah terus atau datang ke kedai kami di
No 11, Jalan Makmur Utama
Taman Sekiah Makmur,
Berdekatan dengan INSTUN
atau telefon terus kepada saya untuk tempahan 01132356290...TENKIU


Aerobic Zone in Kia Makmur / Barber Shop/ Baju Renang Muslimah

Tuesday, 23 August 2016

MINAT BERENANG? TAPI MALU DAN NAK JAGA AURAT MASA BERENANG? MASIH TERCARI-CARI BAJU RENANG MUSLIMAH YANG SESUAI?


Okey sis, saya nak cite skit apa yang bestnya BAJU RENANG MUSLIMAH dari ROSSA AGEN

• Material; Spandex/ elastane/ lycra
• Zip baju depan sis! mudah nak pakai/ mudah nak salin
• Potongan lurus dan longgar
• Saiz XS ,S,M,L,XL,XXL,XXXL..utk kanak-kanak pun ada....
• Cara basuh : hand wash jer..
• Disertakan dengan cap dan tudung menutupi dada


KEISTIMEWAAN BAJU RENANG MUSLIMAH "ROSSA"- (AGEN)


Jom lihat pula keistimewaan Baju Renang yang hangat diperkatakan ni...
 Psst dah lebih 1000 helai terjual sis!

• Totally sesuai untuk muslimah yang baru, dah terer dan sukaaaa sgt berenang
• Bajunya sejuk dan selesa
• Badan sis tak nampak lebih besar
• Baju dan seluarnya bersambung sis... so tak risau la terselak masa menyelam


FAEDAH YG BAKAL SIS DAPAT


Memang puas hati dengan Baju Renang ni..

• Sis dapat save duit… X perlu beli banyak lagi baju renang untuk try n error!
• Member renang sis yang lain2 sure jeles.. Diorang mesti kata “Eh..eh..eh..cantiknya baju renang ko ni..Jeles aku” hehehe
• Asben sis pun xder la berat hati nak bagi sis berenang, dia sure ler risau aurat sis tu..
• Sis ada pilihan warna, buleh pilih ya
• Psst, baloi dengan apa yang sis bayar sebab baju ni ‘gojes’
BONUS !! BONUS !! BONUS!!
Dengan setiap pembelian Baju Renang Muslimah Rossa, sis dapat FREE satu sesi SENAMROBIK dI AEROBIC ZONE...

Rasai sendiri aerobik dengan
bimbingan PRO !!!  BEST !!! ....
sampai x sedar peluh meleleh sis!!!
Sedar2 dah sejam !!



KOS UNTUK PRODUK ISLAMIK NI?..


NILAI SEPATUTNYA BAGI BAJU RENANG  RM250 #

(Cuba lihat dan bandingkan dengan baju renang keluaran mat saleh
yang sikit je kainnya tu)

Tapi untuk sis,

tak payah la sampai RM250

HARGA BERMULA RM169 JER....


UNTUK PERTANYAAN/ ORDER

>>WHATSAPP “ROSSA” KE << 011 3235 6290
>>WHATSAPP “ROSSA” KE << 011 3235 6290
>>WHATSAPP “ROSSA” KE << 011 3235 6290

Psst, sapa yang guna kod ni jew yang dapat BONUS ok !!!!

InsyaAllah, sis bakal berpuas hati dengan Baju Renang ni.
Bukan saja TERBAIK, tapi turut BERKUALITI LAGI GOJES!
Cubalar.....wassup tau...

Saturday, 13 August 2016

CIRI-CIRI BAJU RENANG MUSLIMAH


Baju Renang Muslimah diperbuat daripada spandex/ elastane/lycra. 
Fabrik yang sama sepertimana baju renang di pasaran.
Potongan baju adalah lurus dan longgar, tidak terlalu ketat. Ia dapat membantu melindungi kekurangan bentuk badan.
Baju dan seluar adalah bersambung. Ia direka bersambung bagi mengelakkan badan terdedah sekiranya baju terangkat ketika berenang. Ia pastinya memberikan keselesaan muslimah untuk berenang tanpa rasa bimbang.
Ada sesetengah dibuat baju dan seluarnya tidak bersambung. Pada baju terdapat tali yang boleh diikat pada seluar bagi mengelakkan baju terangkat ke atas.
Zip baju terletak di bahagian depan bagi memudahkan pemakai untuk memakai dan menyalin pakaian,
Terdapat dalam saiz XS hingga XXL. Jika ingin yang lebih besar, kami sedia menerima tempahan khas. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di :

FACEBOOK : Aerobic Zone In Kia Makmur/Barbershop/Baju Renang Muslimah


Satu set pakaian disertakan sekali cap dan tudung (menutupi dada) 
yang sepadan. 
Ada 3 cara untuk memakai cap dan tudung:
1)Pakai cap sahaja-Sesuai digayakan ketika di kalangan wanita dan kawasan tertutup.
2)Pakai cap dan tudung dan dimasukkan ke dalam baju- Sesuai digayakan ketika berenang.
3)Pakai cap dan tudung dan dilepaskan keluar- Sesuai ketika digayakan sekadar bermain air di tepi kolam.

TIPS : 


Jika baju biasa anda memakai baju saiz M, maka baju renang 
saiz S adalah sesuai untuk anda (tidak fit /terlalu longgar)
Show less
1

Friday, 12 August 2016

KEBAIKAN SENAMROBIK

SENAMAN AEROBIK AKTIVITI SENAMAN UNTUK SEMUA...


Senaman Aerobik sangat diminati oleh golongan wanita,lelaki malah kanak-kanak kerana adalah aktiviti yang santai dan tidak terlalu berat, sebaliknya menghiburkan apatah lagi ia dilakukan bersama iringan muzik yang ceria dan menyeronokan.

Ia diminati ramai wanita kerana memberikan kesan begitu hebat dan memberangsangkan, sama ada dari segi kesihatan mental dan fizikal mahupun kecantikan khususnya penjagaan bentuk tubuh jika dilakukan dengan posisi badan dan cara yang betul.

Aerobik adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.

Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan.

Sebab itu, senaman aerobik mampu memberikan individu lebih variasi dengan tambahan keseronokan diimpikan dan pilihan sesuai untuk ramai wanita yang meminati senaman diiringi dengan rentak muzik yang menghiburkan.

Mudah dilakukan:

Kita boleh mendaftar di:

 PUSAT KECERGASAN DAN KECANTIKAN DI AEROBIK ZONE STUDIO DI TAMAN SEKIAH MAKMUR

ataupun melakukannya sendiri di rumah
akan tetapi aktiviti senamrobik menjadi tidak seronok jika di lakukan seorang diri kerana jika beramai-ramai akan terasa keseronokan jelas terpancar.
Alternatif lain yang lebih menjimatkan adalah menyertai kelas senamrobik yang dianjurkan secara percuma oleh sesiapa saja termasuk pihak sekolah, pejabat,hari terbuka sukan dan sebagainya.

Cara mudah untuk membakar kalori

Ya, senaman aerobik adalah satu cara yang mudah untuk membakar kalori kerana apabila melakukannya, pergerakan yang diiringi muzik akan mengalihkan fokus minda kita kepada satu keadaan menenangkan dan mengelakkan kita daripada bosan.

Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.
Muzik yang mengiringi senaman aerobik juga terbukti salah satu cara untuk menghilangkan tekanan yang kita alami seharian. Percayalah, apabila kita tidak bosan melakukan sesuatu senaman sebab kita gembira melakukannya, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan senaman dan sekali gus menurunkan berat badan.
Cara mudah meningkatkan kadar metabolisma badan
Metabolisma adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).
Ini bermakna kita memerlukan kadar metabolisma yang tinggi untuk membantu proses penurunan berat badan. Senaman ini salah satu senaman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membabitkan pergerakan seluruh badan, penggunaan otot badan yang akan memaksa jantung bergerak dengan lebih pantas, seterusnya membakar kalori di dalam badan.

BAIK UNTUK SISTEM CARDIOVASKULAR.

Senaman aerobik memberi banyak kebaikan untuk sistem kardiovaskular, sekali gus membantu menurunkan berat badan. Proses penurunan berat badan adalah satu proses yang unik di mana banyak sistem badan yang boleh dibaiki dan dirawat ketika proses itu berlangsung. Antaranya meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.

Dengan kata mudah, kita akan lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat. Semua perkara ini akan membawa kepada peningkatan metabolisma dan mempercepatkan penurunan berat badan

FAKTA KEBAIKAN SENAMROBIK

* Membantu memperluaskan paru-paru dan meningkatkan stamina serta kekuatan otot.

* Menjaga jantung dan paru-paru supaya dapat bekerja dengan baik.

* Meningkatkan koordinasi penting untuk gaya hidup sihat.

* Kaedah terbaik membentuk tubuh.

* Membakar kalori dan menurunkan berat badan.

* Membantu meningkatkan kepadatan tulang dan membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

* Peluang bertemu dan berkenalan dengan teman baru.

* Meningkatkan semangat dan endorfin, sekali gus menimbulkan perasaan senang hati dan mengurangkan risiko kemurungan.

* Membuatkan fikiran tenteram dan aktif.

* Meningkatkan dan membantu merangsang memori dengan mengingati semua langkah.

* Membantu masalah tidur.

* Meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.

MANFAAT BERENANG

 

FAEDAH UNTUK TUBUH KITA



Berenang adalah salah satu jenis aktiviti yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang juga merupakan senaman tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Berenang boleh meminimakan risiko cedera fizikal kerana waktu berenang seluruh tubuh badan ditahan oleh air atau mengapung, selain itu berenang merupakan senaman yang paling digalakkan bagi mereka yang terlebih berat badan (obesiti), ibu hamil dan pesakit yang mengalami masalah sendi tulang (arthritis).

Apabila berenang tubuh akan membakar sekurang-kurangnya 275 kalori /jam setara dengan berjalan cepat,walaupun kalori yang terbakar tidak sebanyak seperti aktiviti berlari ataupun bermain tenis,kerana aktiviti renang itu sangat menyenangkan dan sangat relaksasi dan boleh dilakukan lebih lama sehingga kalori yang dibakar lebih banyak. Berenang juga merupakan latihan terbaik untuk membakar lemak dan melangsingkan tubuh.

Berenang merupakan aktiviti yang tenang dan damai kerana tidak membebani sendi.
Ramai yang tidak tahu bahawa berenang adalah pengalaman yang menggembirakan dan yang paling penting banyak manfaatnya bagi kesihatan, manfaat berenang juga berhubungan dengan perasaan yang menyenangkan ,relaksasi, dan rekreasi .Bagi wanita hamil sangat digalakkankan untuk melakukan riadah renang ini kerana dapat memperkuat kedua-dua otot iaitu otot perut dan otot bawah badan.



Mencegah Obesiti


Berenang adalah aktiviti riadah yang sangat bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti, kegiatan ini akan membakar lebih banyak kalori dalam tubuh kita .



Membentuk dan Menguatkan Otot

Kepadatan air lebih besar 12 kali ganda daripada udara, menjadikan setiap gerakan tubuh melawan arus air seolah melawan graviti kerana hal inilah yang menjadikan aktiviti renang mempunyai intensiti sama seperti aerobik. Setiap individu yang berjaya menyelesaikan program renang dalam 8 minggu mengalami peningkatan massa otot trisep sebesar 23.8% selain itu berenang secara tepat dengan ritma yang teratur dapat meningkatkan tiga hal iaitu ketahanan kardio, kekuatan dan ketahanan otot.


Meningkatkan Kesihatan Jantung

Efisiensi jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dapat ditingkatkkan dengan berenang secara rutin selain itu berenang juga dapat melawan risiko terkena penyakit jantung koronari.


Membakar Kalori

Hanya dengan berenang selama setengah jam anda dapat membakar kalori 200-300 kalori, bergantung kepada intensiti dan gaya yang anda lakukan.

Mencegah Stres dan Depresi 


Serupa dengan yoga ,ketika berenang terjadi peregangan dan relaksasi otot-otot yang disertai dengan teknik pernafasan yang berirama.


Mengurangkan risiko kecederaan


Apabila berada didalam air tubuh anda akan terasa lebih ringan kerana distribusi berat yang harus ditampung oleh tubuh berkurang hingga 50% ,otot dan persendian pun menerima tekanan yang lebih sedikit sangat berbeza dengan melakukan aktiviti di darat.


Mengurangi Risiko Diabetis


Dengan hanya 30 minit dari berenang ini selama 3X dalam seminggu anda boleh membakar 900 kalori mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes type 2 lebih dari 10 %.




Memperbaiki Kadar Kolestrol

Renang dapat memperbaiki keseimbangan rasio yang tepat dari kolestrol dalam tubuh anda, yakni rasio seimbang antara kadar kolestrol baik dan kolestrol jahat.



Memperbaiki Gejala/Serangan Asma

Bila anda penderita asma, olahraga ini sangat disarankan untuk meningkatkan volume paru-paru dengan teknik pernafasan yang tepat.



Memanjangkan Umur

Berenang bisa membantu anda menghindari mati muda karena faktanya berenang memiliki kadar kematian 50% lebih rendah dibandingkan pelari,pejalan kaki, atau orang yang tidak pernah bersukan.


Meningkatkan fleksibiliti postur dan kesimbangan badan.


Bukan hanya bagus untuk otot,tapi juga meregangkan serat otot dan ligamen membantu mempertahankan ketegangan di tendon yang menyokong gerakan tubuh, orang yang biasa berenang biasanya memiliki postur lebih tinggi dan memilki keseimbangan badan yang lebih baik.

Dengan berenang banyak sekali manfaat dari berenang yang kita dapat untuk kesihatan tubuh, dengan berenang pula seluruh tubuh bergerak dan kelompok otot-otot besar akan digunakan seperti otot perut, otot lengan, pinggul dan paha.Selain itu juga renang akan melatih pernafasan secara efisien sehingga berenang boleh menjadikan salah satu alternatif untuk menjaga kesihatan anda. kesihatan jasmani dan rohani sangatlah mahal harganya untuk itu amat penting buat kita menjaga kesihatan tubuh agar tidak terkena suatu gejala penyakit tertentu yang pastinya akan mengganggu aktiviti seharian kita.