Friday 12 August 2016

MANFAAT BERENANG

 

FAEDAH UNTUK TUBUH KITA



Berenang adalah salah satu jenis aktiviti yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang juga merupakan senaman tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Berenang boleh meminimakan risiko cedera fizikal kerana waktu berenang seluruh tubuh badan ditahan oleh air atau mengapung, selain itu berenang merupakan senaman yang paling digalakkan bagi mereka yang terlebih berat badan (obesiti), ibu hamil dan pesakit yang mengalami masalah sendi tulang (arthritis).

Apabila berenang tubuh akan membakar sekurang-kurangnya 275 kalori /jam setara dengan berjalan cepat,walaupun kalori yang terbakar tidak sebanyak seperti aktiviti berlari ataupun bermain tenis,kerana aktiviti renang itu sangat menyenangkan dan sangat relaksasi dan boleh dilakukan lebih lama sehingga kalori yang dibakar lebih banyak. Berenang juga merupakan latihan terbaik untuk membakar lemak dan melangsingkan tubuh.

Berenang merupakan aktiviti yang tenang dan damai kerana tidak membebani sendi.
Ramai yang tidak tahu bahawa berenang adalah pengalaman yang menggembirakan dan yang paling penting banyak manfaatnya bagi kesihatan, manfaat berenang juga berhubungan dengan perasaan yang menyenangkan ,relaksasi, dan rekreasi .Bagi wanita hamil sangat digalakkankan untuk melakukan riadah renang ini kerana dapat memperkuat kedua-dua otot iaitu otot perut dan otot bawah badan.



Mencegah Obesiti


Berenang adalah aktiviti riadah yang sangat bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti, kegiatan ini akan membakar lebih banyak kalori dalam tubuh kita .



Membentuk dan Menguatkan Otot

Kepadatan air lebih besar 12 kali ganda daripada udara, menjadikan setiap gerakan tubuh melawan arus air seolah melawan graviti kerana hal inilah yang menjadikan aktiviti renang mempunyai intensiti sama seperti aerobik. Setiap individu yang berjaya menyelesaikan program renang dalam 8 minggu mengalami peningkatan massa otot trisep sebesar 23.8% selain itu berenang secara tepat dengan ritma yang teratur dapat meningkatkan tiga hal iaitu ketahanan kardio, kekuatan dan ketahanan otot.


Meningkatkan Kesihatan Jantung

Efisiensi jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dapat ditingkatkkan dengan berenang secara rutin selain itu berenang juga dapat melawan risiko terkena penyakit jantung koronari.


Membakar Kalori

Hanya dengan berenang selama setengah jam anda dapat membakar kalori 200-300 kalori, bergantung kepada intensiti dan gaya yang anda lakukan.

Mencegah Stres dan Depresi 


Serupa dengan yoga ,ketika berenang terjadi peregangan dan relaksasi otot-otot yang disertai dengan teknik pernafasan yang berirama.


Mengurangkan risiko kecederaan


Apabila berada didalam air tubuh anda akan terasa lebih ringan kerana distribusi berat yang harus ditampung oleh tubuh berkurang hingga 50% ,otot dan persendian pun menerima tekanan yang lebih sedikit sangat berbeza dengan melakukan aktiviti di darat.


Mengurangi Risiko Diabetis


Dengan hanya 30 minit dari berenang ini selama 3X dalam seminggu anda boleh membakar 900 kalori mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes type 2 lebih dari 10 %.




Memperbaiki Kadar Kolestrol

Renang dapat memperbaiki keseimbangan rasio yang tepat dari kolestrol dalam tubuh anda, yakni rasio seimbang antara kadar kolestrol baik dan kolestrol jahat.



Memperbaiki Gejala/Serangan Asma

Bila anda penderita asma, olahraga ini sangat disarankan untuk meningkatkan volume paru-paru dengan teknik pernafasan yang tepat.



Memanjangkan Umur

Berenang bisa membantu anda menghindari mati muda karena faktanya berenang memiliki kadar kematian 50% lebih rendah dibandingkan pelari,pejalan kaki, atau orang yang tidak pernah bersukan.


Meningkatkan fleksibiliti postur dan kesimbangan badan.


Bukan hanya bagus untuk otot,tapi juga meregangkan serat otot dan ligamen membantu mempertahankan ketegangan di tendon yang menyokong gerakan tubuh, orang yang biasa berenang biasanya memiliki postur lebih tinggi dan memilki keseimbangan badan yang lebih baik.

Dengan berenang banyak sekali manfaat dari berenang yang kita dapat untuk kesihatan tubuh, dengan berenang pula seluruh tubuh bergerak dan kelompok otot-otot besar akan digunakan seperti otot perut, otot lengan, pinggul dan paha.Selain itu juga renang akan melatih pernafasan secara efisien sehingga berenang boleh menjadikan salah satu alternatif untuk menjaga kesihatan anda. kesihatan jasmani dan rohani sangatlah mahal harganya untuk itu amat penting buat kita menjaga kesihatan tubuh agar tidak terkena suatu gejala penyakit tertentu yang pastinya akan mengganggu aktiviti seharian kita.







No comments:

Post a Comment